BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 24, 2011

crabstick puff

gambar diatas ni puff bidan terjun..tak smpt pun nk sapu dgn telur...hehehehehe..asal siap udah..janji sodap bak kata anak sulung...


ini rupanyer puff pastry brand KAWAN....sng dan mudah jika tetiba terima tetamu kat umah...

so gara2 dah lama nk buat sgt mende ni hah...apa lagi selak la blog CMG cari apa yg sesuai nk dibuat dgn pastri ni...so ni kopi paste dari blog CMG jer..sbb anak2 pun suka mkn crabstick..so maka terhasil lah ia....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
10 batang crab stik
1 kuning telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pencicah kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..




Saturday, January 22, 2011

demam tiramisu

setlh mencuba hasil ayor tangan kwn ofis yakni Nad akhirnyer harini baru berkesempatan membancuh TIRAMISU jugak gara2 demam drama Tiramisu slot AKASIA ditv3 gandingan Piere Andre bersama Sharifah Amani dari hari Isnin hingga Khamis....

so gmbr ini dipetik slps proses membuatnyer...so esok insyaALLAH gmbr tiramisu slps dipotong...nantikan....

jom titipkan resepi hasil nukilan kak hanieliza

Bahan:-
1 gulung kek swiss roll kopi
250 gm keju cream philidephia
150 ml yogurt asli ( ganti dengan whipping cream)
1/2 cawan gula
1 biji lemon [ambil jusnya] -
serbuk nescafe (gantikan dgn serbuk koko)
Larutan Agar-agar:-

1/4 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan rata.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan

Friday, January 21, 2011

kawan lama

HARIAN METRO 21 JANUARI 2010

ni kawan lama...dari zaman2 keje thn 95 hingga kini...alhamdulillah tak putus hubungan...tp minat dia nk keje mkn gaji tak lama...kini dah bergelar tokey santan di Chow Kit...kini dah naik status glamer lagi u..siap keluar harian metro gitu...hehehehe

kalau berhasrat dptkan santan yg asli dan pekat utk masakan anda boleh hubungi beliau (^_^)

RENDANG AYAM HIJAU MUDAH

hasil carian pakcik gugle maka terhasil la pencarian rendang ini..

amat mudah menyediakannya...sbb sblm ni dah pernah cuba..tp gamaknyer teman tak pandai masak rendang...jadi hasilnyer amatlah spoil...tp hasil usaha dan tawaduk maka resepi ni telah menjadi...

maaf gmbr tak dpt dipaparkan dari hasil periuk belanga saya...so saya titipkan resepi ni

sumber dari MYR

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • 6 batang serai - dikisar
  • 2 labu bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inchi halia - dikisar
  • 25 biji cili padi - dikisar
  • Semangkuk santan pekat
  • 125gram kerisik
  • Sedikit, serbuk kunyit, garam, gula merah, perasa dan 3 helai daun limau purut.
  • 1 senduk minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan yg diperlukan didalam blender campurkan sedikit air. Kemudian panaskan minyak dan masukkan semua bahan kisar kedalam minyak. Kacau hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan gaul sebentar, kemudian masukkan santan dan kerisik,garam, gula merah, perasa dan daun limau purut. Masak biar sampai keluar minyak. sedia dihidang bersama ketupat.

DAGING KANDAR

salah satu resepi dari internet yg berjaya dibuat....dan mendpt pujian dari anak2
alhamdulillah...tak membazir...

sumber MYR

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Thursday, January 20, 2011

happy 10th anniversary - 20/01/11

semoga berkekalan

10th anniversary



jangan panik tgk gmbr kek ni...hehehehe...bkn den yg buat...
alhamdulillah...kini dah 10 thn usia perkahwinan den dgn buah hati den...
hasil dari usia 10 thn perkahwinan ini kami dikurniakan 2 cahayamata yakni 2 puteri