BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 2, 2013

kacang bersalut sambal....nk bawak ke Korea katanyer...

assalamualaikum...

pekabor semuanyer...harap ada la yg merindui diriku..hehehe..agak lama tak update blog..bz kekdahnyer...

maka bln April ni salah satu cobaan pertama memasak kacang bersalut sambal...apa pun mekasih buat MYR yg  byk memberi resipi simple dan sedap...

tercetusnya nk mencuba gara2 kakak bising nk bwk sambal kacang ni...memandangkan bonda bz dgn pernikahan adik bongsuku makanyer tak smpt la nk tunaikan permintaan kekandaku utk bwk menu ni ke Korea...apa pun resipi dan air tgn bondaku paling sedap...hehehe..tp ni dh hampir2 nk cecah cara masak bondaku...

so takmo bebel byk..jom tgk gambar dan resipi ni dan yg penting selamat mencuba....

Bahan-bahan ( untuk seisi keluarga )

  • 4 cawan kacang tanah (goreng awal)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 sudu lada kisar
  • Garam / ajinomoto
  • 2 sudu sos cili maggi
  • 2 sudu ikan bilis (siap di goreng-nk letak lebih boleh)
  • 2 sudu mnyak mkn.
  • 3 sudu gula

Cara-cara

  1. Mule-mule kisar dahulu bahan *.
  2. Kemudian tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah mnyk.
  3. Kemudian letak lada kisar tumis dan letak gule hingga jd pekat.kalau kurang pekat tambah lg gule.
  4. Letak kacang tanah yg sudah di goreng awal..gaul rata,,lepas tu letak sos cili.letak garam dan aji nomoto,,,gaul lg.pastikan api kecik semase mengaul..akhir sekali letak ikan bilis sudah goreng awal..

Saturday, March 9, 2013

suasana hari raya?


assalamualaikum,
ni antara entri terlambat sudah...just nk share resipi yg saya cuba ni..dan alhamdulillah menjadi..
resipi asal menggunakan daging tp sbb takde daging just guna ayam..sedap juga..dan ada kelainan dari segi penggunaan bahan iaitu rempah kurma...

bagi yg baru berjinak2 nk memasak (spt diriku) hehehehe blh cuba gak resipi ni..simple ajer bahan2nya...

 

SUMBER : MELATI MYR

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.







Friday, March 8, 2013

lauk pauk....

Selalunya dikala boring mkn nasi putih..kita akan buat nasi tomato atau sbgnya..

tp memandangkan ada plak udang sbg kegemaran anak2..dan paknyer pun request udang goreng kunyit jer..maka cetusan idea yg simple dihari keje memadai masak lauk spt ini sbg aksesori dimakan bersama nasi lemak...

alhamdulillah sold out menu pada hari ni....


timun :: udang goreng kunyit :: telur rebus :: ayam masak merah


Monday, February 18, 2013

chili crab

assalamualaikum & selamat pagi...

jom layan dulu resipi smlm yg smpt dibuat...brg pun mudah didpti dan cepat disediakan...

tQvm kpd blog hanamemories utk rujukan, maklum la baru 1st time buat...selama ni dok buat masak lemak jer..so nk ubah selera mari kita buat chilli crab plak...

layan gambar dan refer resipi dibawah ya




Bahan-bahan
  • 3-4 ekor ketam size sederhana - belah dua cuci bersih
  • 10-15 tangkai cili kering - ikut kepedasan masing2 (takde so guna cili giling PUTERI)
  • 1/4 biji bawang besar kuning @ 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • air asam jawa
  • sebiji telur
  • gula dan garam
  • sedikit cili sos (ni tambah sendiri blog hanamemories tak letak)
Cara-cara
  • Rebus@celur cili kering dengan air panas. Basuh dan toskan.
  • Blend cili bersama bawang merah dan putih.
  • Panaskan minyak (minyak lebih sket dr tumis biasa), tumis bahan blend hingga pecah minyak dan cili masak. jika kering tambahkan air lg..Masukkan air asam jawa. Gaul.
  • Masukkan gula dan garam. Masukkan pula ketam.Gaul.
  • Masukkan sedikit air dlm 1/4cawan. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak dan cili agak kering. sesekali balik2kan takut hangus bhgn bawah.
  • Buka penutup, kecilkan api, kocok2kan telur dan siram atas ketam. Gaul mesra. Matikan api.
  • Hidangkan dengan menaburkan daun bawang/ketumbar.

Thursday, February 14, 2013

cepat dimasak sedap dimakan....

assalamualaikum dan selamat pagi...

memandangkan smlm takde mood nk masak tp atas permintaan anak kecik ku yg dah lapor sgt selepas balik sekolah sampaikan episod RINDU BERTAMU DI ABU DHABI pun tertinggal stgh jam hehehehe...

maka ini jer la yg dpt disiapkan dlm masa setengah jam...hehehehe..apa pun dh pekena menu ni tido pun lena smpi ke pagi....

so layan.....................

ikan sardin mata besar, sayur kobis goreng kicap dan sambal ikan bilis

Thursday, February 7, 2013

bila malas maka inilah hasilnya....


SIAKAP STIM ASAM BOI...ini je masak bila malas...hehehe

sumber : hanamemories
Bahan-bahan
  • Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1-2 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa - belah 4
  • Daun ketumbar (tak letak sbb takde)
  • 1 sudu sos ikan (tak letak sbb takde)
  • 1 sudu kicap cair (tak letak sbb takde)
  • 1 sudu sos tiram - (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
  • Garam - jika perlu 
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) -  (tak letak)
Cara-cara
  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

Tuesday, February 5, 2013

diriku yg tetiba stress!!

arini dah 5hb Februari 2013 rupanyer...takde apa2 yg menarik nk share..selain dari diriku yg stress tetiba..

angin kus2 sepoi2 bahasa dtg tak diundang....maka lunch arini minum air jer..huh!