BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 9, 2013

suasana hari raya?


assalamualaikum,
ni antara entri terlambat sudah...just nk share resipi yg saya cuba ni..dan alhamdulillah menjadi..
resipi asal menggunakan daging tp sbb takde daging just guna ayam..sedap juga..dan ada kelainan dari segi penggunaan bahan iaitu rempah kurma...

bagi yg baru berjinak2 nk memasak (spt diriku) hehehehe blh cuba gak resipi ni..simple ajer bahan2nya...

 

SUMBER : MELATI MYR

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.







Friday, March 8, 2013

lauk pauk....

Selalunya dikala boring mkn nasi putih..kita akan buat nasi tomato atau sbgnya..

tp memandangkan ada plak udang sbg kegemaran anak2..dan paknyer pun request udang goreng kunyit jer..maka cetusan idea yg simple dihari keje memadai masak lauk spt ini sbg aksesori dimakan bersama nasi lemak...

alhamdulillah sold out menu pada hari ni....


timun :: udang goreng kunyit :: telur rebus :: ayam masak merah